Saturday, March 28, 2009

Masjid Tengkera - Masjid tertua di Malaysia?

Mungkinkah Masjid Tengkera, di Tanjun Keling Melaka merupakan masjid kedua tertua di Malaysia? Masjid ini dibina sekitar 1728 ketika zaman pemerintahan Belanda.

Masjid Kampung Hulu, di Kelantan merupakan masjid tertua di Malaysia.

Menurut kajian ahli sejarah Islam telah bertapak di Malaysia dalam sekitar abad 14 ini berdasarkan penemuan Batu Bersurat Trengganu. Ia dijumpai pada 1899 dan dipercayai Islam telah bertapak di Terengganu sekitar atau sebelum 1320an.

Antara perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w setelah berhijrah ke Madinah adalah membina masjid, Masjid Qiblatain atau Masjid dua kiblat.

Berdasarkan kefahaman sejarah dan sunnah Nabi s.a.w. mungkin kedua masjid tersebut mungkin adalah peninggalan yang tertua yang dapat kita lihat sehingga kini.

Esok kami akan berjemaah subuh di Masjid tertua ini, lambang syiar Islam setelah sekian lama.

Sunday, February 22, 2009

Tujuh Benda Ajaib - Piramid

Piramid adalah salah satu dari tujuh binaan purba ajaib dunia. Dokumentari ini mengisahkan pembinaan piramid.

1. Kaherah (Cairo) adalah ibu negara Mesir, rumah kepada binaan ajaib yang tertua di dunia, Piramid.

2. Piramid yang mahsyur sebahagian daripadaa kebudayaan rakyat Mesir.

3. Di pinggir Kaherah terletak dataran Giza di mana terletak kompleks Piramid yang luas.

4. Piramid adalah makam untuk Firaun.

5. Puncak Piramid mengarah ke langit/syurga. Ia dipercayai dapat memastikan perjalanan yang selamat untuk Firaun ke alam seterusnya.

6. Firaun di tanam di dalam ruang yang tersorok di dalam Piramid.

7. Semasa hidup dan matinya dia tetap di puja, dihormati dan ditakuti.

Kesimpulannya:
-Piramid di bina atas dasar kepercayaan orang Mesir yang Firaun akan menjadi 'Osiris' raja dikalangan orang mati. Jika mayat Firaun tidak dijaga maka dia tidak dapat menjalankan tugas barunya. Jadi mereka membina Piramid dan memumikan Firaun.

Tarikh PMR & UPSR 2009

Tarikh Peperiksaan PMR 2009

1. Rabu, 7 - 13 Oktober 2009.

Tarikh Peperiksaan UPSR 2009

1. Selasa, 8 - 10 September 2009.

Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia - Takwim Peperiksaan 2009

Kenapa Piramid dibina?


Kenapa Piramid dibina oleh orang Mesir purba?

1. Di bawah adalah potongan daripada laman web National Geographic tentang tujuan Piramid dibina.

"During Egypt's Old Kingdom (time line), the pharaohs established a stable central government in the fertile Nile Valley. Perhaps the greatest testaments to their power were the pyramids and other tombs built to shelter them in the afterlife.

Ancient Egyptians believed that when the pharaoh died, he became Osiris, king of the dead. The new pharaoh became Horus, god of the heavens and protector of the sun god. This cycle was symbolized by the rising and setting of the sun.

Some part of a dead pharaoh's spirit, called his ka, was believed to remain with his body. And it was thought that if the corpse did not have proper care, the former pharaoh would not be able to carry out his new duties as king of the dead. If this happened, the cycle would be broken and disaster would befall Egypt.

To prevent such a catastrophe, each dead pharaoh was mummified, which preserved his body. Everything the king would need in his afterlife was provided in his grave—vessels made of clay, stone, and gold, furniture, food, even doll-like representations of servants, known as ushabti. His body would continue to receive food offerings long after his death."

Sumber: http://www.nationalgeographic.com/pyramids/pyramids.html

2. Dapatlah disimpulkan bahawa tujuan pembinaan piramid adalah kerana kepercayaan penduduk Mesir purba bahawa apabila Firaun mati dia akan menjadi Raja pada kalangan mereka yang mati, Osiris. Gambar di atas.

3. Jika mayat Firaun tidak dijaga maka dia tidak dapat menjalankan tugas barunya. Jika ini berlaku penduduk Mesir Purba percaya bahawa malapetaka akan menimpa Mesir. Itulah sebabnya mayat dimumikan - untuk menjaganya.
4. Apakah kaitan antara kepercayaan ini dengan pembinaan piramid?
5. National Geographic menyatakan bahawa piramid dibina untuk melindung mumi. Bentuk piramid adalah model kepada sebiji batu suci, benben. Benben adalah simbol sinaran matahari dan di dalam teks purba Mesir dipercayai bahawa Firaun mencapai syurga melalui sinaran matahari.

Sejarah PMR 2009

Kerja Kursus Sejarah 2009 bermula dari Februari hingga ke Julai 2009.

Tajuk kerja kursus terbahagi kepada 2 bahagian;

1. Anda ditugasakan membuat kajian tentang bagunan bersejarah di negara kita.

a). Dokumentasikan fakta sejarah yang dikumpul dari perbagai jenis sumber.

b). Tuliskan laporan kajian anda berdasrkan aspek di bawah.

i). Tajuk Kajian - Bangunan Bersejarah yang dipilih calon
ii). Senarai Kandungan - Table of contents
iii). Penghargaan -
iv). Objektif kajian -
v). Kaedah Kajian -
vi). Hasil Kajian
- Nama Bangunan
- Asal-usul
- Pengasas
- Tarik pembinaan
- Lokasi
- Tujuan Penubuhan Bangunan
- Kos Pembinaan
- Perasmian
- Keistimewaan Bangunan
- Reka Bentuk Pelan
- Bahan Binaan
- Hiasan Dalaman
- Pengubahsuaian
- Kegunaan dahulu dan sekarang
- Cara Pembinaan

v). Rumusan - Unsur patriotisme tentang tajuk yang dikaji. Iktibar kepada bangsa dan negara

vi). Lampiran - Gambar, peta, dokumen dan lain-lain. Tulis "caption" dibawah gambar, peta, dokumen dan lain-lain.

2. Tulis satu esei tidak kurang 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Bagaimanakah pemeliharaan dan pemulihan banguan bersejarah dapat memupuk semangar cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.